بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ (^_^) السلام عليكم

Thursday, January 8, 2015

DIARI SEORANG AYAH

Siapa ayah.......

Salam...berbahagialah dan bergembiralah menjadi seorang ayah....

Bila mak tidak tenteram ketika mengandungkan anak, ayah menemani mak...ayah tak kisah

Bila mak beranak, ayah jaga mak, ayah memasak sambil jaga anak yg lain...ayah tak kisah

Bila anak nangis, mak marah anak, ayah marah balik mak, mak pergi pujuk anak...ayah tak kisah

Bila dapat gaji, ayah bagi duit kat mak utk cukupkan belanja...ayah tak kisah.

Bila baju sekolah ngan baju harian dah buruk,ayah suruh mak beli baju baru, sedang baju ayah sendiri dah lusuh, seluar dalamnya dah tetas...ayah tak kisah

Bila ayah lepaskan anaknya utk berkahwin, tiada yg tanya perasaan ayah yg menangis dihati melepaskan anak yg dia sayang dan kaseh...ayah tak kisah

Bila anak peluk mak, tunjukkan sayang mak,ayah pendam rasa...ayah tak kisah.

Bila anak tak datang menjunguk, ayah menghitung hari..di suruh mak menelefon anaknya bertanya khabar.... ayah tak kisah...                   

Bila anak nak balik ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak, mak masak dapat pujian...ayah tak kisah

Bila anak berjaya dalam pelajaran, ayah nangis gembira di dalam bilik, tiada yg tahu...ayah tak kisah

Bila anak telefon duk cakap rindu kat mak, tapi langsung taknak cakap dgn ayah, ayah sedih tapi janji mak gembira...ayah tak kisah

Begitulah pengorbanan seorang ayah. Dia tak kisah bajunya carik, dia tak kisah badannya letih, dia tak kisah jika tiada yg merinduinya, dia tak kisah jika semua pujian dilemparkan pada mak...kerana yang dia kisah...agar anaknya membesar dgn baik, cantik baju dan akhlaknya, agar isterinya bahagia, agar keluarganya hidup sempurna...ayah seorang jeneral yg tak pernah mintak balasan atas segala usaha murninya, 

Jadi...sayangilah ayah kita sebagaimana kita sayangi mak kita...ayuh!!!

Kaseh ibu membawa ke syurga...kaseh ayah pula sepanjang masa....

Diari seorang ayah.
Hargailah pengorbanan ayah..
Jika ayah dah tiada..sedekahkan alfatihah....

Bacalah...sedih😔😔😔jom kita renung2kn.


Saturday, May 3, 2014

I'm Back


For long time I'm not updating my blog...
Actually, I'm quit busy for this semester... 
Then I really hope, this month for this year (MAY 2014) I was the happy men ever in this world.. haha

Are you guys know why am I hoping like that?
(*Because in this month = MAY for this year I'm turning to 22 years old haha but still young #LOL*)

The most important things, there are many event that be celebrate in this month :-
  1. 1 May   = Labour Day
  2. 7 May   = Pahang Hold Day
  3. 9 May   = My Birthday
  4. 12 May = Mothers Day & Nurses Day
  5. 16 May = Teachers Day
  6. 17 May = Vesak Day & The Birth Of Keputeraan Perlis
  7. 30 & 31 May = Pesta Keamatan (Pesta Menuai)

By the way I like to share this for you guys :-

" Wanita macam mana yang paling terbaik ? "
Rasulullah SAW menjawab
"Apabila kamu melihat dia? kamu rasa riang."
(HR An Nasa'i)


Lastly, may ALLAH bless us always.. Aminn...

Wednesday, December 18, 2013

Setiap Yang Hidup Pasti Mati


Awak , awak nak tahu tak ? Ramai sangat yang ziarahi saya :') tapi saya pelik kenape diorang menangis ? Awak , diorang baiklah :') diorang mandikan saya lah , guna sabun , airnya pun sejuk :') Awak , diorang bedak kan saya lah , pastu diorang pakai kan wangian pulak tu :') wangi sangat baunya macam air mawar :') Awak , saya dapat baju baru :') warna nya putih semua :') bersih pulak tu :') Awak ,diorang baik lah :') diorang solatkan saya lah :') tapi tak tahu macam mane nak berterima kasih dekat diorang Awak , saya dapat kereta baru lah :') ianya boleh bawa saya ke rumah baru saya pulak tu :') tapi saya sunyi lah awak rumah baru saya tiada sesiapa nak meneman saya lah gelap pulak tu :') Awak , tolong saya saya takut duduk sorang sorang nie tapi dah memang takdir saya kat rumah baru saya lah awak saya redha jea :') Allah lagi menyayangi saya :') Awak , nanti selalu ziarahi rumah baru saya tau ? Bawak lah sedikit air dan bunga untuk ditabur di rumah saya nie :') tapi jangan lupa awak ! Saya nak Al- Fatihah dari awak dan sedikit doa agar saya tenang dan tidak sunyi dalam rumah baru saya ini :') Awak , kenape awak sedih nie ? Nie yang saya tak boleh nak tengok nie Awak ! Jangan lah menangis kat rumah saya nie saya sakit tahu tak ? Cuba awak senyum boleh kan ? Saya tak boleh nak lapkan airmata awak lagi awak sedih , lagilah saya sakit...

Renungan Bersama

Fakta Mengenai Lelaki

1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi. 
2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat. 
3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit. 
4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.
5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.
6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.
7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.
8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.
9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.
10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.
11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. 12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.
13-Lelaki menangis!!
14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.
15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.
16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.
18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.
19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.
20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.
21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.
22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.
23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.
24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!
25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.
26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.
27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)
28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!
29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.
30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul) 31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.
32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut. 33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.
35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.
36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.
37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.
38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.
39-Kebanyakan lelaki benci gay!
40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.
41-Lelaki sayang ibu mereka.
42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.
43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.
44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".
45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.
46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.
47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.
48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.
49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.
50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)
51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.
52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.
53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.
54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.
55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.
56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.
57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.
58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.
59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.
60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.
61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!
62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.
63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.
64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.
65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.
66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.
67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.
68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".
69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.
70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.
71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!
72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.
73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.
74-Lelaki terlalu banyak berfikir.
75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.
76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.
77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah- masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.
78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.
79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.
80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.
81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.
82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.
83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.
84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.
85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.
86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.
87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.
88-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.
89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.
90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki.