بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ (^_^) السلام عليكم

Thursday, January 8, 2015

DIARI SEORANG AYAH

Siapa ayah.......

Salam...berbahagialah dan bergembiralah menjadi seorang ayah....

Bila mak tidak tenteram ketika mengandungkan anak, ayah menemani mak...ayah tak kisah

Bila mak beranak, ayah jaga mak, ayah memasak sambil jaga anak yg lain...ayah tak kisah

Bila anak nangis, mak marah anak, ayah marah balik mak, mak pergi pujuk anak...ayah tak kisah

Bila dapat gaji, ayah bagi duit kat mak utk cukupkan belanja...ayah tak kisah.

Bila baju sekolah ngan baju harian dah buruk,ayah suruh mak beli baju baru, sedang baju ayah sendiri dah lusuh, seluar dalamnya dah tetas...ayah tak kisah

Bila ayah lepaskan anaknya utk berkahwin, tiada yg tanya perasaan ayah yg menangis dihati melepaskan anak yg dia sayang dan kaseh...ayah tak kisah

Bila anak peluk mak, tunjukkan sayang mak,ayah pendam rasa...ayah tak kisah.

Bila anak tak datang menjunguk, ayah menghitung hari..di suruh mak menelefon anaknya bertanya khabar.... ayah tak kisah...                   

Bila anak nak balik ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak, mak masak dapat pujian...ayah tak kisah

Bila anak berjaya dalam pelajaran, ayah nangis gembira di dalam bilik, tiada yg tahu...ayah tak kisah

Bila anak telefon duk cakap rindu kat mak, tapi langsung taknak cakap dgn ayah, ayah sedih tapi janji mak gembira...ayah tak kisah

Begitulah pengorbanan seorang ayah. Dia tak kisah bajunya carik, dia tak kisah badannya letih, dia tak kisah jika tiada yg merinduinya, dia tak kisah jika semua pujian dilemparkan pada mak...kerana yang dia kisah...agar anaknya membesar dgn baik, cantik baju dan akhlaknya, agar isterinya bahagia, agar keluarganya hidup sempurna...ayah seorang jeneral yg tak pernah mintak balasan atas segala usaha murninya, 

Jadi...sayangilah ayah kita sebagaimana kita sayangi mak kita...ayuh!!!

Kaseh ibu membawa ke syurga...kaseh ayah pula sepanjang masa....

Diari seorang ayah.
Hargailah pengorbanan ayah..
Jika ayah dah tiada..sedekahkan alfatihah....

Bacalah...sedih😔😔😔jom kita renung2kn.


No comments:

Post a Comment